Khamis, 27 November 2014

Bustel di Klebang Melaka




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cuti sekolah dah pun bermula, tak ada idea nak ke mana?. Mungkin ramai yang dah tahu dan dah pergi pun ke tempat menarik yg baru di Melaka ni. Tetapi, saya pasti...ada lagi yang belum tahu dan belum lagi merasai suasana keunikan di sini.  Kalau kita lalu di Klebang, kita akan nampak banyak bas bas lama yang berderet2 dan sekali pandang macam perhentian bas. Di dataran inilah bas lama disuntik idea baru untuk dijadikan Bustel dan Cafe Bustel. Menarik bukan?. Memang menarik dan pengalaman baru.....makan2 dalam bus. Kalau nak merasai pengalaman bermalam di dalam Bustel, silakan!!!. Sediakan je RM....hehehe!!!!. Ada diantara bas tersebut menjadi kenangan pada saya.... yang pernah dinaiki dari Muar untuk ke Melaka. Ada beberapa gambar saya lampirkan...manalah tahu, bila dah tengok...terasa teruja nak ke sini.




                                  toilet dalam bus ni.....dijamin kebersihannya dan memang selesa.





                                     pilih je menu apa yg nak...lps tu makan dlm bas














                                 
                                    makanan yg dipesan lom sampai....bolehlah berposing2 




                                                dah lapo sangat le tu.....SABOO!!!!!!!


           
                                     


                                     nak naik kuda padi pun boleh......RM15 satu pusingan.
                                     tapi sendiri mau ingat, badan yg ciut miut je boleh naik, sesuai ngan kuda tu                                     


                                           pantainya bersih dan landai, boleh main layang2 disini



                                             nak main motor pantai pun ada







                                 muka2 ceria wpun tengah kelaparan....nak cepat, bawak le bekal sendiri
                                            hahaha!!!!!!


                                                kazen yg sentiasa menceriakan suasana !!!!!!

Rabu, 26 November 2014

Paprik Udang



PAPRIK UDANG

Bahannya:
10 ekor udang sederhana besar ~ dibersihkan dan digunting bhg belakang
1 bj bawang putih ~ dicincang
1sb lada merah yang telah dikisar
sedikit cili padi ~ dibelah tp jgn putus
2 helai daun limau purut ~ disiat
1 btng serai ~ diketuk
1/2 biji bawang holland ~ di hiris kasar
2sb sos tiram
sedikit sos cili
sedikit kacang panjang, jagung muda, carrot ~ dipotong
sedikit air
minyak untuk menumis

Caranya:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih, lada kisar, cili padi, serai dan daun limau. Tumis hingga wangi. 
2. Masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit air. Bila dah mendidih, masukkan udang, bawang holand dan sayur yg telah dipotong tadi. Kacau rata dan rasakan garam. Saya tak letak garam sbb sos tiram dan sos cili dah cukup rasa masin dan manisnya.
3. Bila udang dah masak, tutup api, angkat dan hidangkan.


Lopes Ubi



LOPES UBI

Bahan A

2 cawan ubi yang telah diparut ~ diperah dan ambil sagunya
1 1/4 cawan air
sedikit garam
pewarna hijau


Bahan B 
kelapa parut putih & sedikit garam ~ dikukus sebentar


Bahan C
1 buku gula melaka
1 1/2 cawan air
sedikit gula pasir
1 helai daun pandan ~ disimpul ~ satukan semua bahan dan masak hingga mendidih dan sedikit pekat










Caranya:
1. Satukan bahan A ,gaul rata.
2. Guna acuan lompang, sapukan sedikit minyak, masukkan adunan dan kukus hingga masak atau lebih kurang 20 minit.
3. Dah masak, angkat dan biarkan sejuk baru keluarkan dari acuan.
4. Golekkan kuih dgn kelapa parut dan makan dgn air gula melaka.

















Isnin, 27 Oktober 2014

Bebola Roti Isi Ikan Dory




BEBOLA ROTI ISI IKAN DORY
Olahan : UDA


Bahannya:

4 keping roti sandwich ~ digunting kiub
1 cawan isi ikan dory ~ dipotong kiub
2 sudu makan tepung jagung
1 tangkai lada merah ~ dipotong halus
3 biji bawang putih ~ ditumbuk halus
daun sup secukupnya
lada sulah secukupnya ~ saya guna lada sulah AjiShio, tak perlu tambah garam


Caranya:
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk. Gaul sebati.
2. Ambil sedikit adunan, ramas2kan sambil bentukkan jadi bulat. Buat hingga habis.
3. Goreng dalam minyak panas dgn api sederhana hingga masak.
4. Sedap dimakan bersama sos cili .

Bingka Ubi Cheese



BINGKA UBI CHEESE
Sumber : Roz@HomeKreation
Olahan : UDA

Bahannya:
250gm cream cheese
250gm gula pasir
2 biji telur
800gm ubi kayu (diparut dan ditapis airnya)
400ml santan ~ saya guna santan kotak
pewarna kuning
sedikit vanilla ~ ini saya tambah





Caranya:
1. Guna mixer, pukul cream cheese dan gula hingga rata
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga rata.
3. Masukkan ubi kayu, santan, vanilla dan pewarna, gaul rata.
4. Bakar pada suhu 170C selama 1 jam 30 minit atau sehingga masak.
5. Sejukkan sebelum dipotong.


Isnin, 29 September 2014

Cucur Kentang Daun Cekur

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Musim hujan sekarang ni dan tengok kat mana2 laman sosial, ramai yang menayang cucur kentang atau omputih kata Potato Fritters. Apa2 cucur sekalipun, memang orang suka. Ada yang suka makan dengan sos dan juga dengan sambal tumis. Itu citarasa masing2!!!!. Asalnya cucur ni saya copy dari FB (Noraida Durani). Tapi saya dah olah dan tambah sana sini.

Nak citer pasal cucur kentang saya ni, saya specialkan dia sikit. Supaya lebih marbeles!!!!. .Ikut citarasa sayalah!!!. Saya tambah bawang putih yg ditumbuk halus, udang geragau kering dan daun cekur. Kalau nak tahu sedap ke tak....bolehlah kawan2 mencuba.






CUCUR KENTANG DAUN CEKUR
Olahan : UDA

Bahannya:
3 biji kentang (disagat halus)
4 sb tepung jagung 
3 sb tepung gandum
1sb udang geragau kering
8 helai daun cekur ~ dihiris halus
2 biji bawang putih ~ ditumbuk halus
1 tangkai lada merah ~ buang biji dan dipotong halus
1 biji telur
serbuk lada sulah secukup rasa
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng


Caranya:
1. Dalam bekas, satukan semua bahan dan gaul rata. 
2. Panaskan minyak masak. Sudukan adunan dan goreng hingga masak dan garing. Pastikan adunan leper sedikit supaya ianya garing diluar dan lembut didalam.
3. sedap dimakan dengan sos ataupun sambal tumis!!!.


Selasa, 23 September 2014

Keria Ubi Rebus

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah lama tak bersiaran. Nak buat macamana, kesihatan tak mengizinkan. Bila dah sihat, nak kembalikan semula mood rajin, tu yang susah. Senang citer.....banyk malas dari rajin. Hari ni tetiba rajinlah pulak. Alhamdulillah, perkembangan terbaik untuk diri sendiri.

Hari ni nak kongsi kuih keria dari ubi rebus. Sebenarnya, ubi rebus tu lebihan semalam .....makan dgn sambal tumis. Ada lebihan tu sayang pulak, try buat kuih keria. Alhamdulillah, menjadi dan sedap!!!.
Masa buat tu tak sukat betul bahan2nya, main agak2 je. Nasib baik jadi sebab, ubi tu sendiri dan berkanji, so tak perlu letak tepung banyak2, janji dah boleh dibentukkan, ok la tu.






KERIA UBI REBUS


Bahannya:
360gm ubi yang telah direbus
tepung gandum secukupnya
sedikit garam

Bahan sira:
2sb gula pasir
1 sb air



Caranya:
1. Ubi yang direbus, toskan airnya dan lecek hingga halus bersama garam semasa masih panas.
2. Dah halus, campurkan sedikit tepung. Janji dah boleh bentukkan, cukuplah tu. Kalau banyak nanti kuih keras.
3. Bentukkan dan goreng hingga kekuningan.
4. Masak bahan sira hingga pekat, masukkan kuih, gaul rata. Tutup api sambil ditabur sedikit tepung gandum supaya gula tak cepat mencair walaupun kuih dah sejuk. Gaul lagi hingga betul2 rata dan angkat.